Dalam ruangan ini kami akan kongsikan maklumat terperinci tentang tumbuhan Kunyit Hitam (Curcuma Caesia).
Dari segi rupa bentuk Pokok Kunyit Hitam. Kandungan yang terdapat di dalam Pokok Kunyit Hitam. Perbezaan antara Kunyit Hitam Curcuma Caesia dan Halia Hitam Kaempferia Parviflora. Khasiat yang terdapat dalam Pokok Kunyit Hitam dan bermacam macam lagi tentang kelebihan Kunyit Hitam.
Maklumat 1 – kandungan kompaun Kunyit Hitam
Salah satu dari kompaun kimia yang terdapat di dalam spesies Curcuma ialah curcumin. Ia berwarna oren dan larut di dalam methanol, ethanol, acetone, dhichloroethylene dan glacial acid; larut dalam air dan diethyl ether (Velayudhan et al., 1999)
Fong Yin Mei – Faculty of Resource Science & Technology UMS 2012
Curcumin ini bersifat anti-bakteria, anti-HIV, anti-oksidan, anti-tumor dan anti- karsinogenik (Chatoopadhyay, Biswas, Bandyopadhyay, & Banerjee, 2004).
Fong Yin Mei – Faculty of Resource Science & Technology UMS 2012
curcuminoids yang terdapat di dalam tumbuhan ini sangat penting dan bertindak sebagai anti-inflammatory (anti keradangan), antibakteria, anticoagulan (mencegah pembentukan bekuan darah); penyembuhan luka, dan hipoglikemia (Maheshwari, Singh, Gaddipati, & Smimal, 2006)
Fong Yin Mei – Faculty of Resource Science & Technology UMS 2012
Manakala komponen flavonoids dan phenolic, adalah sangat penting dan bertindak sebagai anti-oksidan dan anti-inflammatory (Miller, 1996); analgesik (penahan sakit), locomotor depressant (penenang), antikonvulsan(anti kejang) dan muscle relexants effect (Karmakar et al., 2011)
Fong Yin Mei – Faculty of Resource Science & Technology UMS 2012
Dilaporkan Curcuma Caesia telah digunakan secara meluas sebagai herba perubatan(medicinal herbs). Suku kaum di Gohpur menggunakan rimpang segar tumbuhan ini di campurkan bersama abu kulit buah “Musa balbisiana” (spesies pisang liar) untuk merawat gout, terseliuh dan lebam (Saikia,2006). Ia juga di ambil(konsume) untuk merawat cirit-birit dan batuk (Kala, 2005); buasir, kusta, bronkitis, kanser, epilepsi(sawan), demam, luka-luka, impotensi(mati pucuk), kesuburan, gangguan haid, sakit gigi, dan gejala muntah (Raju, n.d.) melegakan kesakitan reumatik (Sarangthem, & Haokip, 2010); sebagai diuretik(meningkatkan pengumuhan air daripada badan), perangsang, carminative(angin), asma, dan allergic eruption (Hussain, & Hore,2006)
Fong Yin Mei – Faculty of Resource Science & Technology UMS 2012
Links:
– Kajian Kunyit Hitam Tentang Kencing Manis
– Kunyit Hitam membantu menyelesaikan Masalah Buasir / Buasir Berdarah
Refrence Research:
-Jurnal In Vitro propogation Curcuma Caesia sebagai tumbuhan bernilai dan Ubatan yang berharga oleh MARDI (In English)
– Jurnal kandungan nilai Pyhtokimia yang terdapat di dalam keluarga Curcuma (kunyit)